Sunday, February 05, 2012

Teganya kamu meninggalkan aku..

Aku merenung wajah keruh itu..
wajah yang penuh dengan kekeliruan
wajah yang dahulunya bercahaya serta bersinar
wajah yang menjadi impian ramai jelita
namun kini, wajah itu suram seakan membendung rasa kecewa...

Aku masih menanti ungkapan dari bibirmu..
menanti dengan penuh sabar
menanti dengan penuh debar
menanti tanpa sedar waktu yang kian berlalu pergi
namun masih sepi..

Kau angkat wajahmu yang sedari tadi menunduk memandang rumput..
kau pandang wajahku dengan penuh kesayuan
lantas aku tatap anak matamu
mencari jawapan yang masih belum aku temui
terus kau palingkan wajah lesumu itu..

Gelora apakah yang sedang kau tanggung ini..?
hingga tidak mampu kau tatap wajahku..?

Aku yang kau kenali sejak dahulu kini seolah-olah orang asing bagimu..
tiada sepatah kata yang kau ucapkan
tiada secebis senyuman terpalit di wajahmu
yang ada cuma wajah surammu yang mengguris jantungku
kau lihatlah mataku ini
mata yang terus mengharapkan sebuah ungkapan dari bibirmu...

Masa berlalu begitu saja..
tanpa ada rasa ceria
tiada lagi rasa bahagia seperti dahulu
segala-galanya kaku dan membisu..
membeku dan terus membeku...

Lantas, kau hulurkan kepadaku sekeping kertas berlipat kemas..
terus kau bangun dan berdiri
kau pandang wajahku yang disaluti kecurigaan
kau anggukkan kepalamu dan mengucapkan salam perpisahan..

Aku terpinga-pinga..
lalu membuka lembaran kertas itu
tanganku seakan menggigil kesejukan
tatkala melihat bait-bait ayat tulisan tanganmu
teganya kamu meninggalkan aku
hanya kerana dia yang baru kau kenali...

Dari kejauhan aku melihat langkahan kakimu..
sedikitpun kau tidak menoleh ke belakang memandang aku seperti selalu
teganya kamu buat begitu...

Allahu Akbar..!!!
Kasihanilah hambaMu ini..
Jangan Kau palingkan aku dariMu akibat dari kekecewaan ini...

No comments: