Saturday, October 24, 2009

Keliru

Sendu itu masih berlagu
antara dengar atau tidak
bersilih ganti bersama alunan titisan hujan
pipi yang hampir jatuh kini berbekas
tamparan juga deraian airmata
bertakung di setiap lekukan memori

Akukah yang bersalah...?
atau engkau yang enggan mengakui...?
akurlah pada kitaran hidup ini
terimalah......belajar untuk menerima kekalahan
belajar untuk mengakui kekhilafan
belajar untuk memaafkan...!!

Maaf...???
sudahku maafkan segala-galanya.....
SEMUA....!!!
semenjak kau tinggalkan insan kerdil ini
tatkala aku sedang merangkak-rangkak mencari kekuatan diri

Usahlah dikau terus merayu
kerana aku benar-benar mengetahui
bahawa itu bukannya sifatmu
rayuanmu itu akan memakan dirimu sendiri......
aku pasti....!!

Aku semakin dihimpit kebuntuan....
sedangkan dikau terus diburu kekeliruan......
kekeliruan yang engkau cipta sendiri
yang akhirnya membunuh seluruh kebahagian, kemanisan
yang pernah engkau kecapi...

Leraikanlah segala kekusutan ini
agar aku, engkau.....dan dia...
tiada kekeliruan lagi...

No comments: